Friday, 18 November 2011

KEHILANGAN MENGAJAR ERTI KETABAHAN

Assalamualaikum w.b.t..
   Kelmarin masih terdengar lagi suara abah. Suara abah yang memanggil kami adik beradik, memanggil mak. Suara abah yang menjerit merintih menahan sakit. Kadangkala emak sering mengusik dan bergurau senda dengan abah tika abah kurang sihat..sesekali terdengar abah ketawa, merajuk, menangis dan marah. Suara itu amat aku rindui. Suara yang suatu ketika pernah ku gelar radio buruk tapi kini suara itu tiada lagi.. Telah sebulan abah tinggalkan kami. Berpisah dari dunia yang fana ini. Dulu pernah juga aku terfikir, kalau abah dah tak de macam mana aku dan adik beradik lain. macam mana dengan mak yang telah lama bersama abah. Tentu banyak kenangan yang dikongsi bersama tidak kiralah samada kenangan itu suka atau duka. 
    Mengimbau kembali kenangan..Alhamdulillah nasib aku dapat menjalani latihan praktikal dekat dengan rumah. Memang sengaja aku apply dekat sini je supaya aku boleh jaga abah dan tengok2 kan ABAH yang sakit. Pagi-pagi aku pergi kerja aku akan memastikan segalanya selamat sebelum meninggalkan abah keseorangan di rumah. Aku akan bersalam dan mencium pipi abah. Memang itu sering aku lakukan ketika di sekolah sehingga abah tiada. Pabila tengahari aku akan balik dan belikan nasi beriani dan kuah dal di kedai mamak kesukaan abah. Pernah aku beli nasi dikedai melayu tapi abah tak makan. Kadang2 aku tak makan pun tengahari tu sebab duit tak cukup untuk beli makanan aku. Jadi xpela janji abah dapat makan cukuplah. Kalau abah tak larat nak suap sendiri aku yang akan suapkan. Kadang2 abah tanya atin dah makan ke belum. Aku hanya akan menjawab dah walaupun aku belum makan. Waktu rehatku hanya untuk menguruskan abah sahaja. Kalau balik kalau aku ada duit lebih aku akan belikan abah buah sebab abah akan bertanya kalau2 de benda untuk dia makan. Abah makan tak banyak tapi kerap makan. Kadang2 bila aku balik bawak makanan aku tengok najis dilantai bilik, air kencing bersepah dilantai. Aku tak pernah marahkan abah. Aku tak pernah merungut buat semua itu.  Aku amik mop aku cuci dan buang tahinya. Memang itu rutin harian aku. Satu hari tu aku balik agak lewat kerana berjumpa kawan. sampai sahaja dirumah aku dengar abah dah panggil aku. Bila abah dengar je suara aku dia terus panggil aku. Dia suruh aku mandikan dia. Kesian abah tunggu aku balik baru nak mandi. Walaupun letih aku tak pernah merungut dan marahkan abah bila abah suruh buat itu ini untuk dia. Ada pagi tu Pak Anjang ada call berkali2 tapi aku tak dengar. Abang aku pun de call. Aku tgk ada mesej dari Pak Anjang & abang yang menyuruh balik segera sebab abah penat sesangat. Aku balik tengok mak,pak anjang, bangcik dah da tgh tolong abah yang penat. Menitis airmata tengok keadaan abah. Aku tak tau nak buat pe aku just tengok abah dari muka pintu dan berdoa agar tak de pape yang berlaku. Alhamdulillah abah dah kurang sikit.
     Pada 3/10/2011 pukul 2pagi aku dikejutkan oleh bangcik suruh tolong abah yang sangat penat. Aku memegang abah sambil bangcik menelefon orang untuk meminta bantuan. Akhirnya ambulans tiba untuk membawa abah ke hospital. Aku terpaksa minta MC dr bos 2,3 hari pagi tu. Abah dimasukkan ke wad 4 sementara menunggu katil ICU kosong. Abah dipasangkan alat bantuan pernafasan. Abah merayu meminta untuk bukakan alat bantuan pernafasan tu....."bukala, bukala dan bukala......."itu yang aku dengar dari mulut abah. Aku tahan airmata dari menitis. Aku usap kepala abah sambil berselawat. Aku suruh abah tenang dan istighfar. Mungkin abah rimas dan tak selesa. Petang tu abah dimasukkan ke ICU. Ini bukan kali pertama abah ditempatkan disini. Ini adalah kali yang kedua. 2minggu lebih abah terlantar di ICU dan terpaksa diberi ubat tidur untuk membuat abah tenang. 
    Aku pergi kerja cam biasa tapi aku tak sabar nak jumpa abah nak wish hepi bday utk abah hari ini (19/10/2011)..Pukul 1145am adikku yang bongsu call aku. Aku dengar suaranya menangis teresak2. Dia suh aku datang hospital, dia kata dtg cpt jntung abah dah berhenti. Agak terkejut aku dengarnya dan menggigil tangan aku pada ketika itu. Sampai sahaja di wad aku tgk doktor ada di katil abah. mak dan adik menangis. Aku pergi kat mak. Mak ckp kat aku abah dah xde. Rasa nak tumbang time tu..mak cuba untuk menenangkan aku dan adik walaupun aku tahu mak cukup sedih dengan pemergian abah. Emak cukup tenang dan tabah hadapi semua ini. Abah pergi di hari lahirnya. Tak sempat aku kucup tangan abah dan wish bday abah. Emak sempat salam abah dan cakap selamat hari jadi kat abah. abah angguk ja. mak bgtau abah hadiah nanti balik mak bagi hadiah.abah senyum ja. Rupanya itu senyuman terakhir abah dan abah yang beri hadiah tu kpd kami sekeluarga.
     Kini abah telah menemui illahi . Aku berdoa agar abah aman dan tenang di alam sana dan moga ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan mulia disisiNya..
        Abah...atin amat merindui abah. Atin rindu nak bawak abah jalan2 dengan wheelchair pusing taman.



7 comments:

  1. aku sedih. aku nangis baca. aku pun rindu abah. =(

    ReplyDelete
  2. ermm,,tabah kn hati awk ye..sya ade klu awk nk luah ape2..sy sedia mendengar..

    ReplyDelete
  3. aku pun rindu abah..klu dapat diundurkan masa..nak aku dgn abah masa sakitnya..tp masa itu x akan kembali lg

    ReplyDelete
  4. sebab tu la aku tulis status aku tiada cara untuk mengundurkan waktu.

    ReplyDelete
  5. tabah kan hati mu atin...doa n amalan ank2 yg d perlu arwah abah skrng ni....bt lah kbajikan untuk arwah abah...al fatihah utuk arwah

    ReplyDelete
  6. menitis air mata baca ni kak fatin.. saya sayang papa saya. Saya x kan rela untuk kehilangan papa..

    ReplyDelete