Friday, 18 November 2011

KEHILANGAN MENGAJAR ERTI KETABAHAN

Assalamualaikum w.b.t..
   Kelmarin masih terdengar lagi suara abah. Suara abah yang memanggil kami adik beradik, memanggil mak. Suara abah yang menjerit merintih menahan sakit. Kadangkala emak sering mengusik dan bergurau senda dengan abah tika abah kurang sihat..sesekali terdengar abah ketawa, merajuk, menangis dan marah. Suara itu amat aku rindui. Suara yang suatu ketika pernah ku gelar radio buruk tapi kini suara itu tiada lagi.. Telah sebulan abah tinggalkan kami. Berpisah dari dunia yang fana ini. Dulu pernah juga aku terfikir, kalau abah dah tak de macam mana aku dan adik beradik lain. macam mana dengan mak yang telah lama bersama abah. Tentu banyak kenangan yang dikongsi bersama tidak kiralah samada kenangan itu suka atau duka. 
    Mengimbau kembali kenangan..Alhamdulillah nasib aku dapat menjalani latihan praktikal dekat dengan rumah. Memang sengaja aku apply dekat sini je supaya aku boleh jaga abah dan tengok2 kan ABAH yang sakit. Pagi-pagi aku pergi kerja aku akan memastikan segalanya selamat sebelum meninggalkan abah keseorangan di rumah. Aku akan bersalam dan mencium pipi abah. Memang itu sering aku lakukan ketika di sekolah sehingga abah tiada. Pabila tengahari aku akan balik dan belikan nasi beriani dan kuah dal di kedai mamak kesukaan abah. Pernah aku beli nasi dikedai melayu tapi abah tak makan. Kadang2 aku tak makan pun tengahari tu sebab duit tak cukup untuk beli makanan aku. Jadi xpela janji abah dapat makan cukuplah. Kalau abah tak larat nak suap sendiri aku yang akan suapkan. Kadang2 abah tanya atin dah makan ke belum. Aku hanya akan menjawab dah walaupun aku belum makan. Waktu rehatku hanya untuk menguruskan abah sahaja. Kalau balik kalau aku ada duit lebih aku akan belikan abah buah sebab abah akan bertanya kalau2 de benda untuk dia makan. Abah makan tak banyak tapi kerap makan. Kadang2 bila aku balik bawak makanan aku tengok najis dilantai bilik, air kencing bersepah dilantai. Aku tak pernah marahkan abah. Aku tak pernah merungut buat semua itu.  Aku amik mop aku cuci dan buang tahinya. Memang itu rutin harian aku. Satu hari tu aku balik agak lewat kerana berjumpa kawan. sampai sahaja dirumah aku dengar abah dah panggil aku. Bila abah dengar je suara aku dia terus panggil aku. Dia suruh aku mandikan dia. Kesian abah tunggu aku balik baru nak mandi. Walaupun letih aku tak pernah merungut dan marahkan abah bila abah suruh buat itu ini untuk dia. Ada pagi tu Pak Anjang ada call berkali2 tapi aku tak dengar. Abang aku pun de call. Aku tgk ada mesej dari Pak Anjang & abang yang menyuruh balik segera sebab abah penat sesangat. Aku balik tengok mak,pak anjang, bangcik dah da tgh tolong abah yang penat. Menitis airmata tengok keadaan abah. Aku tak tau nak buat pe aku just tengok abah dari muka pintu dan berdoa agar tak de pape yang berlaku. Alhamdulillah abah dah kurang sikit.
     Pada 3/10/2011 pukul 2pagi aku dikejutkan oleh bangcik suruh tolong abah yang sangat penat. Aku memegang abah sambil bangcik menelefon orang untuk meminta bantuan. Akhirnya ambulans tiba untuk membawa abah ke hospital. Aku terpaksa minta MC dr bos 2,3 hari pagi tu. Abah dimasukkan ke wad 4 sementara menunggu katil ICU kosong. Abah dipasangkan alat bantuan pernafasan. Abah merayu meminta untuk bukakan alat bantuan pernafasan tu....."bukala, bukala dan bukala......."itu yang aku dengar dari mulut abah. Aku tahan airmata dari menitis. Aku usap kepala abah sambil berselawat. Aku suruh abah tenang dan istighfar. Mungkin abah rimas dan tak selesa. Petang tu abah dimasukkan ke ICU. Ini bukan kali pertama abah ditempatkan disini. Ini adalah kali yang kedua. 2minggu lebih abah terlantar di ICU dan terpaksa diberi ubat tidur untuk membuat abah tenang. 
    Aku pergi kerja cam biasa tapi aku tak sabar nak jumpa abah nak wish hepi bday utk abah hari ini (19/10/2011)..Pukul 1145am adikku yang bongsu call aku. Aku dengar suaranya menangis teresak2. Dia suh aku datang hospital, dia kata dtg cpt jntung abah dah berhenti. Agak terkejut aku dengarnya dan menggigil tangan aku pada ketika itu. Sampai sahaja di wad aku tgk doktor ada di katil abah. mak dan adik menangis. Aku pergi kat mak. Mak ckp kat aku abah dah xde. Rasa nak tumbang time tu..mak cuba untuk menenangkan aku dan adik walaupun aku tahu mak cukup sedih dengan pemergian abah. Emak cukup tenang dan tabah hadapi semua ini. Abah pergi di hari lahirnya. Tak sempat aku kucup tangan abah dan wish bday abah. Emak sempat salam abah dan cakap selamat hari jadi kat abah. abah angguk ja. mak bgtau abah hadiah nanti balik mak bagi hadiah.abah senyum ja. Rupanya itu senyuman terakhir abah dan abah yang beri hadiah tu kpd kami sekeluarga.
     Kini abah telah menemui illahi . Aku berdoa agar abah aman dan tenang di alam sana dan moga ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan mulia disisiNya..
        Abah...atin amat merindui abah. Atin rindu nak bawak abah jalan2 dengan wheelchair pusing taman.



Thursday, 17 November 2011

Hati Seorang Wanita


  • SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .
  • CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .
  • HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .
  • IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .
  • KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah .
  • PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .
  • MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum .
  • EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .
  • CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus
  • SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan .

" HAWA diciptakan dari tulang rusuk ADAM. Bukan dari kepala untuk dijadikan   dari atasannya. Bukan dari kaki untuk dijadikan alasnya. Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya. Dekat pada lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dicintai."

TAHNIAH!! Malaysia Atas Kemenangan.



Malaysia telah bangkit dan menang..tahniah di ucapkan..tak sia2 aku tgk bola mlm ni..huh!! tgk bola pun dah cam tgk gelanggang WWF ok..asal jerit je kena cepuk..aduhh nasib badan..mak kata pe bising-bising tgk bola ni..diam2 dah la...ok mak atin org pertama akan diam tgk bola xgerak2..hehehehehehe.mak join skli tgk bola ok..kelas gitu mak aku tau..tapi team indon main kasar la..udah cam tgk main raqbi je..tapi nasib Malaysia menang..penjaga gol Malaysia, Apek, bagus dlm menghalang bola dari masuk ke gawang gol..Peluang Malaysia banyak untuk menjaringkan gol lagi tapi cam disia2kan cmtu je...kalo x mmg leh dpt gol byk lagi kan..So,CONGRATULATION HARIMAU MALAYA..Peace!!


P/S : Tiada halangan untuk berjaya...Love Malaysia.

Monday, 14 November 2011

Sakit Itu Bagus

Alhamdulillah saya demam hari ni..np sy suka?sbb demam or sakit blh menghapuskan dosa2 kecil kita,i/allah..jadi jgn la kita mrh2 dan merungut bila sakit..ye saya tau sakit 2 mmg la sakit...dh nm pn sakit kn...tp kna la sbar..org yg bersabar byk hikmah yg kita dpt..sbar itu kan sebhgn drpd iman..byk2 la bersabar n beristighfar..Nape sy kata sakit 2 bgus?? sbbnya bila sakit kita akn kurang dosa..haaaa.btul x??
Tu kalo korang perasan la kan....kalo sakit kita kan x kluar umah.dok terperap je lam umah.nak g mana2 pun asa xlarat & malas je..kalo x kluar dah dpt kurang dosa iaitu dengan melepak..dah melepak mestilah mengumpat sekali kan..haaa klasss gituu.pakej utk melepak kan..huhuhuhu.
Pastu lak dah sakit kita kan x ckp byk..nak layan orang sekeliling pun asa malas n xsyok je..so, bila kurang ckp kurang la dosa. Pernah x korang terpikir npe korang sakit?ye kalo ikut secara saintifiknya mmgla disebabkan antibodi kita yang lemah yang tidak dapat melawan penyakit tp dsebalik tu sape tau kn...ALLAH uji kita dengan demam/sakit supaya kita ingat kepadaNya. Allah tidak akan memberi kita sakit atau musibah tanpa sebab dan didalam firman ALLAH dlm surah AT-TAGAABUN ayat 11 yang bermaksud:
        “Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.
      Disini kita dapat lihat dengan jelas bahawa Allah itu tidak akan memberi kesusahan tanpa sebab..setiap yang berlaku pasti ada yang tersirat. Bagi kita hamba Allah yang sering alpa dan lalai ini memang sering melakukan dosa. Jadi anggaplah sakit atau musibah yang diberi ini adalah jalan untuk menghapus dosa2 kecil kita.


Hadis Rasulullah S.A.W bermaksud : 
        “Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Jadi pandanglah sakit atau demam itu sebagai satu nikmat daripadaNya. Nescaya anda akan melaluinya dengan penuh sabar dan tenang,i/allah..Muhasabah diri kita agar lebih dekat dengan ALLAH agar kita tidak lupa kpadaNya..pada yg xsakit 2 jgnla mntak nak sakit lak..bukan kita suh sakit.bila dgr je kata sakit 2 leh hapus dosa kecil, korang pun ramai2 nak cari penyakit..2 dah bukan sakit yg dberi allah tp sengaja cari penyakit.hehehehehehe...kalo sakit pun jgn igt dosa 2 hapus cmtu je.beribadatlah kepada Allah sama..seeloknya buatlah solat sunat taubat. igt 2 dosa kecil je tau..dosa besar kita yang bertimbun2 kita 2 kena la kita kurangkan sama..


P/S : mencegah lebih baik dari mengubati..=)

Monday, 7 November 2011

PERLU ke pilih SUAMI orang??

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Tapi bkn sengaja kita nak pilih suami org pun..hati2lah.kalau boleh jgn dekati suami org kalau tak nak perang dunia terjadi...ahakz..

SAYA orang BARU..

OMG!!!! org dah bertahun n lama dlm berblog2 ni..aku bru merangkak2...sungguh ketinggalan aku ni kan..huhuhuhuhu.tp xpela...aku pn bru nak berjinak2 nih..so hope menjadi la blog aku ni kan..mungkin xla sehebat mana tp i'll try to do da best in my blog...support la aku dlm dunia gila blog ni..hahhahahahaha.